PAUSE HERE

Wednesday, May 17, 2017

Tamatnya Gelaran "Teacher"


Pejam celik-pejam celik, kita dah sampai bulan 5 bulan Mei tahun 2016. Tak sangka masa berlalu dengan pantas sekali. Masih teringat lagi saya ada post entry berkenaan waktu ditemu duga, waktu berkenalan bersama anak-anak dan juga waktu berkenalan bersama-sama rakan sekerja. Sungguh, masa berlalu dengan pantas. 13 Mei 2016, tamatnya kerjaya saya sebagai seorang TEACHER di taska ini. Membuat aktiviti bersama-sama, melayani karenah yang kadang-kadang comel dan melucukan kadang-kadang nakal, memandikan, menyuapkan makanan, membuat susu dan lain-lain menjadi kenangan dan memori yang akan tersemat dalam hati seorang Teacher Izzah.

Lama juga masa yang diambil untuk menulis entry baru ye Izzah.. Hehehee.. Maaflah, mood untuk menulis sebelum ni terbang ke mana entah. Dengan cermin mate rosak, telefon bimbit buat hal, terus mood pun terbang sekali.

Sepatutnya boleh je, kalau nak sambung kerja sampai akhir bulan 5, tapi disebabkan nak sambung belajar ni(entrybarunanti) nak prepare barang-barang terpaksalah bekerja sampai minggu ke 2 bulan 5 sahaja. 12 Mei 2016, saya adalah pm kawan yang ada buat business carrot cake and brownies, trus cakap ngan dia, boleh tak buat carrot cake untuk 13 Mei 2016 sebab nak raikan hari last day gituu.. Nasib baik, dia boleh buat. Thanks a lot dyn.. Seriously, sedap sangat. Anak-anak pon suka. Berbaloi jugalah beli. Tapi tulah yang sedihnya.. Tak dapat nak kumpul ramai-ramai sebab waktu petang nak celebrate nya, petang busy sikit teacher-teacher ni, mandi budak&bagi makan petang. So, mmg bagi makan kek terus macam tu je. (direct gila) Tapi takpelah, janji anak-anak makan.

16 Mei 2016, saya datang ke taska semula sebagai Ex-Teacher untuk menyambut bersama anak-anak Sambutan Hari Guru dan Hari Jadi bagi bulan 4 dan 5. Seronok juga sambut hari guru ni, dapat jumpa anak-anak semula walaupun separuh hari. Tapi kelakar pun adalah, sebab ada badut datang memeriahkan Sambutan Hari Guru dan Hari Jadi. Boss jemput badut ni ke semua cawangan taska sempena Hari Guru. Mula-mula rasa macam tak biasa since semua staff taska ladies and tetiba je ada badut man lak. Hahaha.. Normal lah kan. But, bila lama-lama tu, dah okay dah. Uncle Rico(badut), nama sebenar tak tahulah, tapi nama je uncle takdelah tua mana, lebih kurang umur akak-akak, 20an rasanya. Tetiba je panggil T.Izzah ke depan buat show sekali sebab dia panggil ada tak teacher yang sukarela then mungkin dia nampak saya paling bagi reaction so panggillah apa lagi. Alaa, show yang macam kena masukkan jari dalam ada satu benda tu.. ermm.. yang ada pisau tu.. Teragak-agak juga nak masukkan jari tu padahal dah tahu trick tu. Well, jari tangan ada 5 je weyh, takut juga. Malu pun ada sebab depan anak-anak kut. Hahahaaha.. Tapi, seriously best la. Thanks for coming Uncle Rico.

Okay, sekarang ni nak bagi gambar anak-anak yang saya jaga selama 4 bulan 2 minggu ni. Maaflah, gambar waktu makan kek 13 Mei dengan Sambutan Hari Guru 16 Mei memang takde gambar sebab. Sebab phone saya tulah. hehehe..Okay, continue.

p/s: 18/5/2017 baru nak post. Padahal dah type tapi lupa nak post just jadi draft je. Setahun jugalah tersimpannya post ni.


gamsahamnida , Thank you