PAUSE HERE

Saturday, December 12, 2015

My Pavorite Subject.



https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/236x/12/65/cd/1265cd5703cd0f18eb484af97630bdb9.jpg

Today, I would like to share about my favorite subject in school. I do love Addmath and Chemistry. If any of you have problems with these subjects, just ask me. I will help you if I can answer it your question. Okay, now speaking malay. Jangan anggap saya lupakan bahasa kebangsaan pula ye. Bahasa Inggeris saya pun tak de lah terer sangat. Sekarang ni, saya nak ceritakan macam mana saya boleh rasa suka sangat dua-dua subjek ni.

Seingat saya, pada awal tahun tingkatan empat, saya belajar dua subjek ni, memang sukar nak faham. Lagi-lagilah subjek fizik. Maybe time cuti sekolah akhir tahun sebelum tu, saya tak sentuh buku langsung tu yang ilmu-ilmu semua tersekat. hahahahha... Janganlah contohi saya. Kalau waktu ujian-ujian je, mesti dan pasti markah keputusan kedua-dua subjek itu rendah. Kadang-kadang saya terfikir, mengapa sampai tahap begitu sekali. Kemudian, saya berfikir sekali lagi, mungkin, usaha saya tidak terlalu tinggi dalam menghadapi peperiksaan. Bermulanya, peperiksaan pertengahan tahun, saya cuba dan cuba, dan akhirnya, dapatlah juga markah yang memuaskan hati saya. Bukanlah A- tapi saya bersyukur kerana markah tersebut meningkat daripada ujian sebelum ini.

Masuk sahaja tingkatan 5, minat saya dalam subjek Matematik Tambahan dan Kimia semakin mendalam. Hal ini kerana saya suka cara cikgu-cikgu yang mengajar kedua-dua subjek ini. Cikgu Azwita, mengajar Matematik Tambahan dengan jelas dan baik, tidak garang, sering membantu pelajarnya ketika menghadapi kesukaran menjawab soalan. Seringkali, saya terpaksa mengganggu cikgu pada waktu malam untuk bertanya tentang soalan yang saya kurang pasti jawapannya melalui aplikasi yang sering diguna oleh masyarakat kini iaitu, Whatsapp. Cikgu pasti akan menjawab soalan saya dengan jelas dan menghantar gambar penyelesaian masalah sesuatu masalah secepat mungkin. Terima kasih, Cikgu. Cikgu Afida, gelarannya ketika saya berada di tingkatan empat, tetapi ketika saya berada di tingkatan lima, gelaran beliau sudah bertukar iaitu Dr. Afida. Beliau seorang guru yang mengajar subjek kimia, dan saya suka cara beliau mengajar kami sekelas. Beliau seorang yang friendly dan sanggup menjelaskan satu per satu walaupun agak cepat. Semangat saya untuk belajar subjek ini semakin meningkat kerana adanya doktor yang mengajar saya. Ingat lagi, waktu majlis meminta restu sebelum exam, cikgu menangis. Sebenarnya, saya seorang yang cepat nangis. (Jangan panggil saya cengeng, ye) Saya melihat cikgu, saya terus memeluknya. Saya meminta maaf andai ada sahaja kesilapan saya selama cikgu mengajar saya dan rakan-rakan yang boleh mengguriskan hati cikgu. Apa-apa pun, Terima Kasih Cikgu.

Kesimpulannya, ingin mendapat keputusan yang cemerlang, kita haruslah menghormati para guru yang sering bertungkus lumus dalam memberi tunjuk ajar yang bagus untuk membantu generasi muda pada hari ini. Buat para guru di luar sana, terima kasih untuk tunjuk ajar, ilmu yang dikongsikan pada para murid seperti kami, walaupun penat dan mengalami kesukaran menghadapi pelajar yang sedikit bermasalah, kami hanya mampu untuk bersyukur dan berterima kasih kepada kalian semua. Kami doakan semua yang bergelar guru sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. dan dipermudahkan segala urusan dalam memberi ilmu yang berguna kepada generasi muda pada hari ini.

 Khas buat guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian yang mengajar saya dan rakan-rakan dari tingkatan 1KAA2, 2KAA2, 3Mumtaz, 4Karisma dan 5Karisma. TERIMA KASIH CIKGU atas ilmu-ilmu yang dikongsikan bersama kami semua. Saya dan rakan-rakan seperjuangan amat sayang pada cikgu semua. Okay, buat pengetahuan semua, saya berada di kelas aliran agama yang mengambil bahasa Arab sebagai bahasa teras, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah.

Sampai situ sahaja coretan saya pada malam ini. Sekian, terima kasih.


gamsahamnida , Thank you

No comments:

Post a Comment